AGENSI

FAS anjur #RedGiantsCutOut, peluang penyokong 'hadir' stadium

4 Ogos 2020, 4:12 AM
FAS anjur #RedGiantsCutOut, peluang penyokong 'hadir' stadium

SHAH ALAM, 4 OGOS: Penyokong Selangor berpeluang menzahirkan sokongan kepada skuad Red Giants secara 'fizikal' di stadium dalam perlawanan CIMB Liga Super 2020 pada 27 Ogos ini melalui program #RedGiantsCutOut.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata program itu membolehkan gambar mereka dicetak pada papan layar penonton (cut out) dan diletakkan di tempat duduk penonton ketika perlawanan menentang PJ City FC.

FAS memaklumkan inisitif pertama seumpama itu dianjurkan di Malaysia dibuat selepas penyokong dilarang ke stadium sepanjang musim ini sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

"Jadi sebahagian daripada mesej #KitaAdalahSatu di stadium dan abadikan memori anda. Program ini akan berlangsung untuk satu perlawanan sahaja, jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah FA Selangor," katanya menerusi Facebook.

FAS berkata tempahan slot yang bermula semalam itu ditutup pada Ahad, 9 Ogos, 11.59 malam atau sehingga slot penuh sementara pakej yang ditawarkan adalah Emas pada harga RM99 dan Premium RM169.

Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh dibaca di pautan faselangor.my/ms/cut-out/home.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619