AGENSI

Lepasan AMD di FAS boleh sambung pengajian di UiTM, UNISEL

28 Dis 2019, 7:45 AM
Lepasan AMD di FAS boleh sambung pengajian di UiTM, UNISEL

SHAH ALAM, 28 DIS: Pemain lepasan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang menyertai Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bukan sahaja berpeluang mengembangkan karier sebagai pemain bola sepak profesional semata-mata.

Sebaliknya, Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, pelatih terbabit juga boleh melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi di Selangor berikutan Memorandum Persefahaman (MoU) yang wujud antara FAS dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak tahun lalu.

"FAS telah tandatangani MoU dengan UiTM termasuk perkembangan akademi juga kita ada bincangkan.

"Kita masih ada masa lagi kerana pengambilan pelajar seterusnya biasanya berlangsung pada bulan September," katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Johan berkata, selain UiTM, FAS juga akan menjalin kerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) untuk melanjutkan pelajaran pemain muda berkelayakkan.

Johan yakin kerjasama antara FAS dan UNISEL mampu direalisasikan berikutan status UNISEL sebagai institusi pengajian tinggi swasta milik Kerajaan Negeri.

"Insya Allah tiada masalah kerjasama dengan UNISEL, lebih-lebih lagi Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari sentiasa memberi sokongan padu terhadap usaha FAS termasuk meningkatkan pencapaian pemain dalam padang dan juga akademi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619