BERITA UTAMA

EXCO: Tetap bantah ECRL lalui Permatang Kuarza Gombak

16 Jul 2020, 9:15 AM
EXCO: Tetap bantah ECRL lalui Permatang Kuarza Gombak
EXCO: Tetap bantah ECRL lalui Permatang Kuarza Gombak

SHAH ALAM, 16 JULAI: Selangor kekal dengan pendirian supaya jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak melalui khazanah alam negeri, Permatang Kuarza Gombak dekat sini.

EXCO Pengangkutan Ng Sze Han berkata jika pelan asal jajaran kereta api laju itu diteruskan, ia turut memusnahkan Taman Rimba Templer, Hutan Simpan Templer, Empangan Batu dan kawasan tadahan air.

[caption id="attachment_424240" align="alignright" width="500"] Ng Sze Han menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor pada 16 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kerajaan Negeri tidak menyokong cadangan Kementerian Pengangkutan untuk mengubah semula jajaran ECRL seperti dicadangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Pendirian kami jajaran dari Mentakab (Pahang), Nilai (Negeri Sembilan) dan Pelabuhan Barat, Klang (Selangor) dikekalkan, sama seperti dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN)," katanya, menjawab soalan lisan wakil rakyat Banting Lau Weng San pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Pada 6 Julai lalu, SelangorKini melaporkan usaha negeri untuk meraih status Tapak Warisan Dunia Unesco bagi Permatang Kuarza Gombak terjejas sekiranya jajaran ECRL dikekalkan kepada pelan asal.

Sze Han berkata hasrat meraih pengiktirafan dunia kian positif selepas Kerajaan PAKATAN mengubah laluan ke Klawang, Jelebu dan Nilai pada 2018.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619