AGENDA

Kerajaan Negeri bertegas ECRL tidak boleh 'ganggu' khazanah alam

9 Sep 2020, 9:50 AM
Kerajaan Negeri bertegas ECRL tidak boleh 'ganggu' khazanah alam
Kerajaan Negeri bertegas ECRL tidak boleh 'ganggu' khazanah alam

SHAH ALAM, 9 SEPT: Kerajaan Negeri kekal dengan keputusan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak boleh dibina di Selangor sekiranya ia 'mengganggu' khazanah alam.

EXCO pengangkutan awam berkata laluan yang dicadang kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) ketika mentadbir negara lebih sesuai dan tidak mengganggu alam sekitar negeri ini.

"Walaupun kerajaan akan melakukan rundingan semula dengan China berhubung pembinaan projek berkenaan, Selangor kekal dengan keputusan supaya laluan ECRL sama dengan cadangan kerajaan PAKATAN pada 2018.

"Tidak akan berlaku sebarang pembinaan sekiranya Selangor masih tidak bersetuju," kata Ng Sze Han ketika dihubungi.

[caption id="attachment_395964" align="alignleft" width="352"] EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian mengulas laporan Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah yang memaklumkan kerajaan akan melakukan rundingan semula dengan China berhubung ECRL.

Rundingan itu perlu dibuat susulan PAKATAN menggantung jajaran asal Mentakab-Pelabuhan Klang yang melalui Bentong, Gombak dan seterusnya ke Pelabuhan Klang.

Hasbi berkata hasil rundingan dengan pihak berkenaan akan dibentangkan kepada Kabinet bagi memperoleh keputusan sama ada mengikut laluan asal atau tidak.

Sebelum ini, PAKATAN mengubah jajaran ECRL supaya tidak melalui Bentong dan Gombak bagi mengelak pembinaan terowong sepanjang 17.8 kilometer yang melalui Permatang Kuarza Gombak.

Sebaliknya, jajaran yang bermula dari Mentakab itu akan menuju ke selatan iaitu melalui Kuala Klawang (Negeri Sembilan) sebelum memasuki negeri ini melalui Bangi dan Kajang seterusnya menuju ke Putrajaya Sentral dan akhirnya ke Pelabuhan Klang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619