AGENDA

Koronavirus tidak jejas Le Tour De Langkawi

29 Jan 2020, 2:46 AM
Koronavirus tidak jejas Le Tour De Langkawi

SHAH ALAM, 29 JAN: Aspek pencegahan susulan penularan wabak koronavirus 2019 menjadi keutamaan penganjur Petronas Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020.

Ketua Pegawai Operasi LTdL Shahaizereen A Hamid berkata buat masa ini hanya satu pasukan dari China menarik diri daripada perlumbaan yang dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 15 Februari ini kerana bimbang penularan wabak itu, lapor Berita Harian.

"Secara rasmi satu pasukan sudah menarik diri semalam (kelmarin) disebabkan isu koronavirus. Kami masih menunggu pengesahan dua lagi pasukan dari China dan satu dari Hong Kong.

"Jadi, kami akan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan supaya setiap pelumba (terutama) dari China diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan," katanya.

Sebanyak tiga pasukan berpangkalan di China iaitu Hengxiang Cycling, Giant Cycling dan Ssois Mioge Cycling Team.

LTdL 2020 yang membabitkan jarak keseluruhan 1,114.9 kilometer merentasi sembilan negeri bakal membuka tirai pada Majlis Pengenalan Pasukan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619