AGENDA

MB lepaskan pelumba Le Tour de Langkawi peringkat 4 di Sabak Bernam

14 Okt 2022, 7:59 AM
MB lepaskan pelumba Le Tour de Langkawi peringkat 4 di Sabak Bernam
MB lepaskan pelumba Le Tour de Langkawi peringkat 4 di Sabak Bernam

SABAK BERNAM, 14 OKT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan perlumbaan peringkat 4 siri jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 di Pekan Sabak di sini, hari ini.

Pelepasan dari Pekan Sabak Bernam ke ke Meru Jaya, Ipoh sejauh 137.9 kilometer (KM) membabitkan 110 peserta dari pelbagai negara.

Amirudin dalam ucapannya berkata Selangor bertuah kerana daerahnya menjadi laluan pilihan bagi menjayakan kejohanan paling berprestij di Asia.

“Kita gembira kerana Sabak Bernam dipilih menjadi antara lokasi penganjuran LTdL 2022. Harap semangat bersama ini akan terus terjalin di masa depan dengan lebih gembira,” katanya.

Kejohanan lumba basikal edisi ke-26 ini melibatkan lapan peringkat dengan jarak keseluruhan perlumbaan meliputi 1,096.9 KM.

Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur; diikuti Peringkat 2 (Kuala Klawang-Raub); Peringkat 3 (Putrajaya-Genting Highlands); Peringkat 4 (Sabak Bernam-Meru Raya).

Manakala Peringkat 5 (Kuala Kangsar-Kulim); Peringkat 6 (Georgetown-Alor Setar); Peringkat 7 (Kuah-Gunung Raya) dan berakhir dengan Peringkat 8 (Loop Langkawi).

Malaysia mempertaruhkan barisan perlumba negara Nik Mohd Azwan Zulkiflie, Sofian Nabil Omar Bakri, Muhammad Ameer Ahmad Kamal, Muhammad Ameen Ahmad Kamal, Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil dan Kee Zha Yie.

Selain itu, dua lagi pelumba negara Ariff Danial Noor Roseibi dan Norhasmat Abdul Aziz disenaraikan sebagai pelumba simpanan.

Edisi ini menjanjikan saingan sengit dengan penyertaan enam pasukan Jelajah Dunia iaitu UAE Team Emirates (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan (Kazakhstan).

[caption id="attachment_544457" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bergambar bersama pelumba pendahulu raja bukit (jersi merah) dari pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Zariff sebelum sebelum melepaskan peserta Le Tour De Langkawi 2022 peringkat 4 di Pekan Sabak, Sabak Bernam pada 14 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619