AGENDA

e-Tunai dapat sambutan luar biasa

15 Jan 2020, 12:46 PM
e-Tunai dapat sambutan luar biasa

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Program e-Tunai rakyat mendapat sambutan luar biasa, selepas ketiga-tiga platform e-pembayaran melaporkan lonjakan bilangan pengguna.

Touch n Go eWallet, Boost dan Grap Pay berkata jumlah trafik meningkat dengan ketara selepas program itu dimulakan pagi tadi.

"Sehingga 12 tengah hari, kapasiti aplikasi mencerminkan peningkatan dalam pemprosesan trafik pengguna semakin bertambah dan (kami) melihat kadar kejayaan lebih tinggi dalam bilangan pembuat tuntutan," menurut kenyataan Touch n Go hari ini.

Aplikasi e-pembayaran itu turut membuat pelbagai tawaran bagi menarik orang ramai menggunakan platform mereka dalam tuntutan e-kredit RM30.

Boost menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM8,888 dan Touch ' n Go eWallet menawarkan kepada pengguna RM30 tunai kembali serta peluang untuk memasuki pertandingan cabutan bertuah mingguan dengan hadiah seperti Proton X70.

Sementara itu, Grab Pay memberikan baucar tunai bernilai sehingga RM3,000.

Jurucakap Grab memberitahu, 30 peratus daripada pengguna hariannya mendaftar program e-tunai rakyat dalam tempoh dua jam pertama pelancaran, sambil menambah bahawa ia tmengambil langkah  memastikan kestabilan platformnya.

Di bawah program ini, warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas termasuk yang memperolehi pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak menerima RM30 dalam bentuk e-kredit melalui mana-mana aplikasi e-dompet terlibat.

Wang diperolehi di bawah program ini perlu dibelanjakan antara 15 Januari hingga 14 Mac 2020, dan mana-mana bahagian yang tidak dibelanjakan akan luput selepas tempoh tersebut.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619