AGENDA

Pemberian kredit e-tunai RM100 dilaksanakan pada suku keempat

1 Ogos 2023, 8:10 AM
Pemberian kredit e-tunai RM100 dilaksanakan pada suku keempat

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Pemberian kredit e-tunai RM100 kepada golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40 akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan bantuan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sedang diperincikan pihak kementerian dan pihak berkepentingan.

“Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Kementerian Kewangan.

Bantuan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang melibatkan peruntukan RM1 bilion diumum Anwar semasa melancarkan kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, 27 Julai lepas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619