Ringgit

Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari

18 Jul 2019, 6:18 AM
Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 18 JUL : Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pag hari ini susulan kebimbangan baharu terhadap rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (US) dan China yang mengurangkan minat untuk mengambil risiko, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.13 mata kepada 1,654.40 selepas di tutup pada 1,657.53 semalam.

Penganalisis ekuiti berkata Presiden Donald Trump merancang mengenakan tarif ke atas US$325 bilion tambahan barangan China sekiranya perbincangan perdagangan itu tidak menjadi kenyataan pada Selasa. Namun US juga akan berhadapan sekatan China.

Indeks penanda aras yang dibuka 0.27 mata lebih tinggi kepada 1,657.50, bergerak antara 1,654.03 dan 1,659.94 di sepanjang dagangan pagi.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 432 berbanding 231, manakala 379 kaunter tidak berubah, 849 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.'

Jumlah dagangan sebanyak 1.56 bilion saham bernilai RM811.78 juta.

Kaunter wajaran tinggi yang mencatat kerugian ialah Petronas Chemicals apabila harha sahamnya merosot 26 sen kepada RM7.66, Maxis susut empat sen kepada RM5.60, TNB turun dua sen kepada RM13.54, manakala Sime Darby Plantation susut satu sen kepada RM4.80 dan Public Bank turun enam sen kepada RM22.90.

Bagi kaunter paling rugi, Batu kawan susut 18 sen kepada RM16.52, KESM dan Allianz masing-masing susut 12 sen kepada RM7.88 dan RM13.86 manakala Amway turun sembilan sen kepada RM6.11.

Indeks FBM Emas merosot 23.11 mata kepada 11,754.47, Indeks FBMT 100 turun 20.99 mata kepada 11,580.56 manakala Indeks FBM Emas Shariah turun 29.82 mata pada 12,119.04.

FBM Ace turun 4.01 mata kepada 4,665.50, manakala FBM 70 susut 23.06 mata kepada 14,830.22.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 21.04 mata kepada 16,570.52 dan Indeks Perladangan merosot 5.47 mata kepada 6,870.56 dan Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian turun 1.94 mata kepada 155.63.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619