NASIONAL

MB : Terima kasih Chong Wei

14 Jun 2019, 12:32 AM
MB : Terima kasih Chong Wei

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 13 JUN : Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di atas jasa beliau selama ini.

Amirudin berkata, seluruh rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih kepada pemain badminton dunia itu.

"Kami rakyat Malaysia yang seharusnya berterima kasih kepada Datuk Lee Chong Wei.

"Mengharumkan nama negara di persada dunia. Ikon contoh yang menyatukan rakyat Malaysia tidak mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik. Anda wira kami! #TerimaKasihChongWei," tulisnya di Facebook.

Hal itu bagi mengulas kenyataan Chong Wei yang menzahirkan terima kasih kepada rakyat Malaysia ketika mengumumkan persaraannya daripada arena itu, semalam.

Terdahulu, Chong Wei dalam satu sidang media mengumumkan keputusan bersara daripada arena badminton itu walau berat hati berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Antara pencapaian Chong Wei adalah tiga pingat perak dalam Sukan Olimpik (2008, 2012 dan 2016) dan tiga kali naib juara dunia (2011, 2013 dan 2015), selain muncul pemain terbanyak memenangi gelaran Super Series sebanyak 46 kali.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619