90 petugas SUK Selangor terima baucar Jom Shopping Aidilfitri RM200

4 Mac 2026, 7:23 AM
90 petugas SUK Selangor terima baucar Jom Shopping Aidilfitri RM200
90 petugas SUK Selangor terima baucar Jom Shopping Aidilfitri RM200
90 petugas SUK Selangor terima baucar Jom Shopping Aidilfitri RM200

SHAH ALAM, 4 MAC: Seramai 90 petugas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor menerima sumbangan Baucar Jom Shopping Perayaan Aidilfitri hari ini bagi meringankan beban mereka membuat persiapan menjelang Syawal.

Majlis penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) sejurus selesai Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri (MTES).

Penerima terdiri daripada pekerja pembersihan dan kakitangan sokongan teknikal termasuk pemandu di bawah pentadbiran SUK Selangor dengan setiap individu menerima baucar bernilai RM200, menjadikan jumlah keseluruhan implikasi kewangan sebanyak RM12,600.

Amirudin berkata, sumbangan itu merupakan bentuk pengiktirafan dan kelulusan khas kerajaan negeri bagi memastikan golongan pekerja sokongan tidak tercicir daripada bantuan musim perayaan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Baucer Jom Shopping Perayaan Aidilfitri di Lobi Bangunan SUK, Shah Alam Selangor pada 4 Mac 2026. Foto HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Pada tahun-tahun sebelum ini, kita lazimnya menyalurkan sumbangan dalam bentuk bakul makanan.

”Namun, bagi tahun ini, kita memutuskan untuk memberikan baucar bernilai RM200 bagi memberi kebebasan kepada penerima untuk memilih barangan keperluan mengikut kehendak dan kesesuaian keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau menambah, program berkenaan diselaraskan menerusi Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan dan Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti Negeri Selangor.

Amirudin turut berharap inisiatif itu dapat diteruskan sebagai tanda keprihatinan berterusan kerajaan negeri terhadap kebajikan warga kerja peringkat bawahan yang menjadi tulang belakang pengurusan fasiliti kerajaan.

“Kita berharap melalui sumbangan ini, mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria bersama keluarga tersayang,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619