Konflik Timur Tengah: Tujuh pelajar Selangor terkandas di Arab Saudi dipindahkan ke Jordan

4 Mac 2026, 2:13 AM
Konflik Timur Tengah: Tujuh pelajar Selangor terkandas di Arab Saudi dipindahkan ke Jordan
Konflik Timur Tengah: Tujuh pelajar Selangor terkandas di Arab Saudi dipindahkan ke Jordan

SHAH ALAM, 4 MAC: Tujuh pelajar Selangor yang terkandas di Jeddah, Arab Saudi susulan konflik di Timur Tengah baru-baru ini, kini telah dipindahkan ke Jordan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kesemua pelajar berada di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah Umrah dan dijadualkan pulang ke Jordan pada 28 Februari lalu, namun tergendala akibat situasi keselamatan di kawasan berkenaan.

“Wakil Kerajaan Selangor telah berhubung dengan Pegawai Konsul di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Hijaz Ramli.

”Alhamdulillah, kesemua pelajar ditempatkan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia selama satu malam sebelum dipindahkan ke hotel berhampiran selama dua hari,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Amirudin berkata, pemindahan pulang ke Jordan menggunakan bas telah dilakukan semalam jam 10.30 pagi waktu Jeddah (3.30 petang waktu Malaysia), dengan perjalanan dijangka mengambil masa 24 jam.

Bersama tujuh pelajar Selangor, terdapat 12 lagi pelajar Malaysia di Jordan yang menghadapi situasi sama.

Kerajaan Negeri Selangor merakamkan penghargaan kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah atas bantuan mobilisasi serta perlindungan yang diberikan.

“Kerajaan Negeri akan terus memantau perkembangan di Timur Tengah bagi memastikan kebajikan dan keselamatan anak Selangor di sana sentiasa terpelihara,” tegas beliau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619