Dua beranak ditemukan meninggal dalam rumah

24 Mac 2026, 12:40 AM
Dua beranak ditemukan meninggal dalam rumah

SUNGAI PETANI, 24 MAC - Dua beranak ditemukan meninggal dunia di dalam rumah mereka di Kampung Zainol Abidin, Bedong dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata mangsa ialah seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dan ibunya berusia 70-an.

"Aduan diterima pada 6.05 petang semalam. Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan akibat senjata tajam.

"Disebabkan rumah berkunci dari dalam, jadi terpaksa pecah masuk. Mayat ditemukan di ruang tamu dan dapur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan bedah siasat dijangka dilakukan pagi ini.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619