AGENDA

Bapa, anak maut kemalangan, dua lagi cedera motosikal terbabas

23 Jul 2024, 2:23 AM
Bapa, anak maut kemalangan, dua lagi cedera motosikal terbabas

KUANTAN, 23 JULAI: Bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata kejadian kira-kira 8 malam itu menyebabkan Muhamad Isyam Abdullah Sani, 43, yang bekerja sebagai tukang rumah dan anaknya Muhammad Aisy Afnan, 6, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Muhamad Isyam menunggang motosikal membawa isterinya Munirah Mahmood, 28, Muhammad Aisy Afnan dan seorang lagi anak, Muhammad Umar Affan, 4, dalam perjalanan pulang dari rumah ibu mentuanya ke rumah mereka.

"Muhamad Isyam dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kiri dan melanggar tiang lampu jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian turut menyebabkan Munirah dan Muhammad Umar Affan cedera dan kini dirawat di hospital.

Zukri berkata kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619