210 kanak-kanak maut sejak serangan AS-Israel bermula di Iran

23 Mac 2026, 12:30 AM
210 kanak-kanak maut sejak serangan AS-Israel bermula di Iran

ISTANBUL, 23 MAC: Sekurang-kurangnya 210 kanak-kanak maut manakala 1,510 yang lain cedera di Iran sejak bermulanya serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, kata menteri kesihatan negara itu pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi ISNA, Mohammad-Reza Zafarghandi berkata kira-kira 300 pusat kesihatan, perubatan dan kecemasan turut mengalami kerosakan sejak 28 Feb lepas.

Selain itu beliau menambah, kira-kira 30 ambulans rosak dan tidak dapat lagi digunakan.

Ketegangan serantau terus memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ali Khamenei.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619