Lima maut dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan

11 Mac 2026, 4:02 AM
Lima maut dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan

ISTANBUL, 11 MAC: Lima orang maut dalam siri serangan udara Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di selatan Lubnan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media rasmi.

Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan sebuah dron menyerang sebuah kereta di perbandaran Qlaileh di daerah Tyre, menyebabkan dua orang maut.

Satu lagi serangan Israel mengorbankan Datuk Bandar bandar Jouya di Tyre serta seorang ahli majlis perbandaran.

Seorang lelaki warga Lubnan turut terkorban dalam serangan Israel ke atas rumahnya di bulatan Kfarjouz di bandar Nabatieh, menurut agensi itu.

Tentera Israel melancarkan beberapa serangan udara di selatan Lubnan pada Selasa, tidak lama selepas mengeluarkan arahan pemindahan segera kepada penduduk di kawasan selatan Sungai Litani.

Israel dan Amerika Syarikat meneruskan serangan bersama ke atas Iran sejak 28 Feb lepas, mengorbankan lebih 1,200 orang serta mencederakan lebih 10,000 yang lain.

Konflik itu merebak ke Lubnan, dengan Israel melancarkan serangan udara yang setakat ini mengorbankan lebih 570 orang, mencederakan lebih 1,400 serta menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal sejak 2 Mac lepas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619