Kemalangan dua kenderaan, kanak-kanak 5 tahun maut

13 Mac 2026, 1:01 PM
Kemalangan dua kenderaan, kanak-kanak 5 tahun maut

KOTA TINGGI, 13 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 8.4 Jalan Kota Tinggi–Kluang di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan Alza itu kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Beliau berkata mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza dipandu neneknya berusia 61 tahun, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di unit kecemasan Hospital Kota Tinggi.

Kemalangan, katanya, dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza.

"Mayat dirujuk ke unit forensik bagi tujuan prosedur siasatan, manakala kesemua mangsa terlibat turut mendapat rawatan di hospital sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619