Ibu, anak perempuan maut motosikal bertembung kereta

22 Mac 2026, 9:55 AM
Ibu, anak perempuan maut motosikal bertembung kereta

SANDAKAN, 22 MAC: Seorang wanita dan anak perempuannya maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Batu 23, Jalan Labuk, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata kejadian pada 4 petang itu menyebabkan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ibunya berusia 28 tahun di Hospital Duchess of Kent di sini.

Beliau berkata penunggang motosikal terbabit dan pemandu kereta turut cedera serta dirawat di hospital sama.

"Motosikal itu dinaiki tiga sekeluarga dari arah bandar Sandakan ke Beluran manakala kereta dari arah Bukit Garam menuju pusat bandar.

“Berdasarkan siasatan, motosikal itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bertembung dengan kereta dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

George berkata kemalangan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

TAG: wanita, kanak-kanak, maut, motosikal, kereta

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619