YIDE seru orang ramai terus hulur sumbangan bantu anak yatim

17 Mac 2026, 7:17 AM
YIDE seru orang ramai terus hulur sumbangan bantu anak yatim

SHAH ALAM, 17 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyeru masyarakat untuk terus menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban anak Yatim, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri.

YIDE menerusi Facebook memaklumkan sumbangan boleh dibuat melalui pautan https://yide.com.my/infaq/infaq-dana-anak-yatim/.

“Sumbangan ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga membawa kegembiraan, kasih sayang dan harapan agar mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.

“Bersama kita terus menyokong inisiatif menyantuni anak-anak yatim. Setiap infaq anda membantu menceriakan kehidupan mereka,” katanya.

Berdasarkan rekod, RM1.85 juta sudah diagihkan kepada 12,380 anak yatim pada 2025 manakala pada tahun ini, jumlah sumbangan meningkat kepada RM1.87 juta yang memberi manfaat kepada 12,470 anak yatim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619