967 anak yatim Kuala Langat terima RM145,050 sumbangan Aidilfitri YIDE

28 Feb 2026, 8:50 AM
967 anak yatim Kuala Langat terima RM145,050 sumbangan Aidilfitri YIDE
967 anak yatim Kuala Langat terima RM145,050 sumbangan Aidilfitri YIDE

KUALA LANGAT, 28 FEB: Seramai 967 anak yatim di daerah ini menerima sumbangan Aidilfitri berjumlah RM145,050 daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bagi membantu persiapan menyambut Syawal.

Pengerusi YIDE Tan Sri Mazlan Mansor berkata daripada jumlah itu, 548 penerima menerima RM82,200 pada majlis penyerahan, manakala 419 lagi menerima RM62,850 melalui kredit terus ke akaun masing-masing bagi memastikan tiada yang tercicir.

"Kaedah pengagihan ini dilaksanakan bagi menjamin setiap anak yatim di bawah seliaan YIDE tetap menerima sumbangan yang diperuntukkan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Syawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan Hari Raya Anak-Anak Yatim 2026 di Masjid Jamiul Ehsani, Sijangkang, yang turut dihadiri Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Menurut beliau, bagi tahun ini YIDE memperuntukkan RM1.87 juta untuk menyantuni 12,470 anak yatim di seluruh Selangor.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada 45 Ketua Sahabat Amal YIDE (K-SAY) atas peranan sebagai penghubung antara yayasan dan masyarakat dalam usaha kutipan dana serta memastikan kebajikan anak yatim terus terpelihara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619