687 anak yatim Hulu Selangor terima sumbangan Aidilfitri YIDE

9 Mac 2026, 3:51 AM
687 anak yatim Hulu Selangor terima sumbangan Aidilfitri YIDE

SHAH ALAM, 9 MAC: Seramai 687 anak yatim di Daerah Hulu Selangor menerima sumbangan Aidilfitri berjumlah RM103,050 daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dalam satu majlis di Masjid Kampung Melayu Rasa semalam.

Menurut hantaran YIDE di Facebook, daripada jumlah itu, 545 anak yatim menerima sumbangan RM81,750, manakala 142 penerima lain menerima bayaran RM21,300 melalui pengkreditan terus ke akaun masing-masing.

“Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan anak-anak yatim di negeri Selangor sentiasa terbela,” menurut kenyataan itu.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama anak-anak yatim selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Masjid Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor pada 9 Mac 2026. Foto Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan

Majlis berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada anak yatim.

Turut hadir Pengerusi YIDE Tan Sri Mazlan Mansor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor Julaihah Jamaludin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619