28 anak yatim gembira beli pakaian raya, terima duit raya RM100

25 Feb 2026, 9:00 AM
28 anak yatim gembira beli pakaian raya, terima duit raya RM100
28 anak yatim gembira beli pakaian raya, terima duit raya RM100

SHAH ALAM, 25 FEB: Wajah 28 anak yatim dari Pengurusan Raudhatul Al Faeez, Gombak jelas ceria apabila diberi peluang memilih sendiri pakaian baharu sempena Aidilfitri dalam Program Ihya’ Ramadan anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS), baru-baru ini.

Program melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat itu turut melibatkan lapan penjaga, dengan setiap seorang diperuntukkan RM250 bagi membeli kelengkapan raya termasuk jubah, baju Melayu bersampin, kurta, seluar panjang, songkok dan sepasang kasut.

Menurut MPS menerusi Facebook, sesi menyantuni itu diadakan bagi menceriakan anak-anak kurang bernasib baik dalam membuat persiapan menyambut Syawal.

“Setiap anak yatim termasuk penjaga diperuntukkan sebanyak RM250 seorang bagi pembelian kelengkapan Hari Raya Aidilfitri seperti jubah, baju Melayu beserta sampin, kurta dan seluar panjang, songkok serta sepasang kasut,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir menyantuni dan membantu anak-anak memilih pakaian ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS, Ahmad Fauzi Ishak.

Anak-anak berkenaan juga akan dijemput menghadiri Majlis Iftar MPS untuk berbuka puasa bersama dan menerima sumbangan duit raya sebanyak RM100 setiap seorang.

Selain itu, pertubuhan Raudhatul Al Faeez bersama tiga lagi pertubuhan di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) akan menerima sumbangan RM1,000 setiap satu, manakala YIDE turut menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM2,000.

MPS memaklumkan sumbangan yang disalurkan sempena Program Ihya’ Ramadan itu diharap dapat menceriakan anak-anak yang kurang bernasib baik dalam membuat persiapan menyambut Syawal.

"Sumbangan yang disalurkan sempena Program Ihya’ Ramadan ini diharapkan dapat menceriakan anak-anak yang kurang bernasib baik dalam membuat persiapan menyambut Syawal.

"Sekali gus membantu meringankan beban perbelanjaan pusat-pusat jagaan yang terlibat," kata MPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619