KinderHub@MCMC dibuka, bantu pekerja imbangi kerjaya dan keluarga

3 Mac 2026, 7:27 AM
KinderHub@MCMC dibuka, bantu pekerja imbangi kerjaya dan keluarga

CYBERJAYA, 3 MAC: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus memperkukuh kebajikan warga kerjanya menerusi pembukaan taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan taman didikan kanak-kanak (Tadika) KinderHub@MCMC.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pusat yang mula beroperasi pertengahan Januari lalu itu mencerminkan komitmen SKMM dalam menjadikan keluarga sebagai sokongan asas bagi melahirkan tenaga kerja yang produktif, seimbang dan berdaya tahan.

“Ini bukan sekadar fasiliti tetapi usaha SKMM untuk pastikan kesejahteraan warga kerja dengan mengutamakan keluarga sebagai tunjang utama.

“KinderHub ini menyediakan pendidikan awal berkualiti sekali gus membantu warga kerja mengimbangi tuntutan kerjaya dan keluarga,” katanya ketika merasmikan KinderHub@MCMC di sini hari ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (tengah) menandatangani plak perasmian dalam Majlis Pelancaran Pusat Penjagaan Kanak-Kanak KinderHub@MCMC di Cyberjaya pada 03 Mac  2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Pengerusi SKMM Tan Sri Salim Fateh Din.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pusat berkenaan beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 7 pagi hingga 7 malam dan kini menempatkan 76 kanak-kanak berusia tiga bulan hingga enam tahun.

Menurutnya, KinderHub yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk bilik bacaan dan taman permainan itu mampu menampung sehingga 150 kanak-kanak pada satu-satu masa.

“Kemudahan ini diharap dapat memberi ketenangan kepada ibu bapa dalam mengimbangi tanggungjawab kerjaya dan keluarga, sekali gus menyokong kesejahteraan emosi, fokus dan produktiviti,” katanya.

Beliau berharap inisiatif yang dilaksanakan SKMM itu dapat menjadi contoh kepada badan berkanun lain yang berkemampuan, memandangkan manfaatnya yang besar kepada pekerja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619