SKMM siasat kes muat naik gambar hina al-Quran mengikut Akta 588

27 Feb 2026, 9:28 AM
SKMM siasat kes muat naik gambar hina al-Quran mengikut Akta 588

PUTRAJAYA, 27 FEB: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meneruskan siasatan lanjut di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] berhubung individu yang memuat naik gambar memijak al-Quran di platform Threads.

SKMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu diambil setelah siasatan polis terhadap individu yang menggunakan nama akaun "ryandaselva" memuat naik kandungan terbabit.

"Kandungan berkenaan dikenal pasti mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan menggugat keharmonian awam," menurut kenyataan itu.

SKMM memaklumkan bahawa keterangan individu tersebut telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang semalam untuk melengkapkan siasatan.

"Jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan hukuman denda maksimum hingga RM500,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan itu.

SKMM turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan kandungan yang mengganggu ketenteraman awam, menyentuh sensitiviti agama atau menjejaskan perpaduan negara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619