Tanah runtuh di Bandung, angka korban meningkat 56 orang

29 Jan 2026, 12:34 PM
Tanah runtuh di Bandung, angka korban meningkat 56 orang

JAKARTA, 29 JAN: Tiga lagi mayat ditemukan pada Khamis menjadikan jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat, Jawa Barat meningkat kepada 56 orang ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan.

Ketua Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Abdul Muhari berkata kesemua mayat telah diserahkan kepada pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) untuk proses pengecaman.

Berdasarkan penemuan pasukan DVI setakat Rabu, 10 malam waktu tempatan, 40 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat telah dikenal pasti.

Mayat yang dikenal pasti diserahkan kepada keluarga mangsa. Dianggarkan seramai 24 orang lagi masih hilang, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat itu melanda kampung Pasirlangu pada kira-kira 2.30 pagi, Sabtu, serta menimbus beberapa kawasan kediaman.

Beliau berkata operasi SAR yang memasuki hari keenam hari ini melibatkan 3,229 kakitangan.

Peralatan berat dan anjing pengesan terus dikerahkan bagi mempercepatkan usaha mencari dan menyelamat. Sekurang-kurangnya 15 jengkaut telah digerakkan untuk mempercepatkan operasi, katanya.

-- BERNAMA

TAG: tanah runtuh, Bandung, Jawa Barat, mangsa, maut, BNPB

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619