Tanah runtuh di Taman Bukit Teratai, tidak libat mangsa, rumah

18 Jan 2026, 4:34 AM
Tanah runtuh di Taman Bukit Teratai, tidak libat mangsa, rumah
Tanah runtuh di Taman Bukit Teratai, tidak libat mangsa, rumah

AMPANG JAYA, 18 JAN: Kejadian runtuhan tanah setinggi kira-kira 6.1 meter berlaku di Jalan Teratai, Taman Bukit Teratai, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, insiden yang berlaku sekitar jam 9.19 pagi itu tidak membabitkan rumah atau mangsa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah digerakkan sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Runtuhan berlaku di lokasi berkenaan namun tiada kediaman atau individu terjejas.

“Anggota bertugas kini melakukan pemantauan rapi bagi memastikan kawasan tersebut selamat dan tidak mendatangkan risiko kepada penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi pemantauan melibatkan enam anggota bersama dua jentera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619