Wanita rugi RM91,000 terpedaya pelaburan palsu di Telegram

25 Jan 2026, 5:38 AM
Wanita rugi RM91,000 terpedaya pelaburan palsu di Telegram

KUCHING, 25 JAN: Seorang wanita tempatan berusia 35 tahun mengalami kerugian RM91,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata berdasarkan laporan pada 11 Jan lepas, mangsa telah ditawarkan satu pelaburan MGM melalui aplikasi Telegram oleh individu tidak dikenali yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran tersebut kemudiannya diarahkan membuat pindahan wang ke akaun diberikan. Seterusnya, mangsa telah membuat lima transaksi pembayaran ke dalam lima akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM91,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata mangsa menyedari dirinya tertipu apabila gagal mengeluarkan wang pelaburan itu berserta keuntungan dijanjikan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619