Penjawat awam rugi RM10,500 akibat pelaburan palsu

5 Dis 2025, 1:47 AM
Penjawat awam rugi RM10,500 akibat pelaburan palsu

TANGKAK, 5 DIS: Seorang penjawat awam kerugian RM10,500 selepas terperdaya sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib berkata mangsa yang berusia 50 tahun mengetahui pelaburan itu selepas dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Telegram oleh individu tidak dikenali.

“Mangsa melakukan tiga transaksi memasukkan wang ke dua akaun pada Rabu dan semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roslan berkata mangsa membuat laporan semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan skim pelaburan menjanjikan keuntungan lumayan dengan cara mudah dalam tempoh singkat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619