PM: Malaysia sertai Flotilla 2.0 bela Palestin, 80 negara terlibat

14 Jan 2026, 12:25 AM
PM: Malaysia sertai Flotilla 2.0 bela Palestin, 80 negara terlibat
PM: Malaysia sertai Flotilla 2.0 bela Palestin, 80 negara terlibat
PM: Malaysia sertai Flotilla 2.0 bela Palestin, 80 negara terlibat

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Madani akan terbabit secara langsung dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal disertai lebih 80 negara seluruh dunia.

Beliau berkata pembabitan secara langsung dalam misi itu adalah kesinambungan perjuangan moral antarabangsa, yang menuntut keberanian untuk menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan tanpa mengira batas sempadan, bangsa atau agama.

“Insya-Allah, kita akan menggerakkan segala kudrat untuk membantu dan memperjuangkan hak rakyat Palestin. Keadilan ini tidak boleh lagi ditangguhkan demi sebuah Palestin yang bermaruah dan merdeka,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Komitmen itu ditegaskan Anwar selepas menerima kunjungan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) yang juga Ketua Aktivis Kemanusiaan Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Datuk Sani Araby bersama Pengasas Sumud Nusantara Nadir Al-Nuri di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.

Anwar berkata beliau dimaklumkan mengenai situasi kemanusiaan di Gaza yang semakin meruncing akibat sekatan bantuan berpanjangan, ketidaktentuan konflik serta penderitaan rakyat Palestin yang terus dihimpit kekejaman.

Dalam pertemuan itu, Sani dan Nadir turut berkongsi keberhasilan Misi Sumud Nusantara yang berjaya memecahkan kebisuan dunia dan mengangkat suara Gaza ke pentas antarabangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619