Tanah runtuh: Penghuni dua blok pangsapuri di Seputeh diarah kosongkan kediaman

24 Nov 2025, 7:25 AM
Tanah runtuh: Penghuni dua blok pangsapuri di Seputeh diarah kosongkan kediaman
Tanah runtuh: Penghuni dua blok pangsapuri di Seputeh diarah kosongkan kediaman
Tanah runtuh: Penghuni dua blok pangsapuri di Seputeh diarah kosongkan kediaman

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Penghuni dua blok pangsapuri melibatkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh di sini diarahkan mengosongkan kediaman susulan pergerakan tanah akibat kejadian tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.02 pagi membabitkan runtuhan tanah cerun sepanjang kira-kira 60 meter.

Beliau berkata kejadian menjejaskan dua kereta dan beberapa motosikal dengan satu daripadanya tertimbus.

“Runtuhan tanah memasuki kawasan pangsapuri berhampiran dan hasil perbincangan dengan wakil Parlimen Seputeh dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, arahan dibuat kerana masih terdapat pergerakan tanah serta hujan lebat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan bomba masih di lokasi untuk memantau pergerakan tanah.

Beliau berkata 11 anggota digerakkan ke lokasi kejadian dengan masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera utiliti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619