SELANGOR

Isu perparitan Kampung Sungai Buaya tak sistematik diberi perhatian

14 Nov 2018, 3:07 AM
Isu perparitan Kampung Sungai Buaya tak sistematik diberi perhatian
Isu perparitan Kampung Sungai Buaya tak sistematik diberi perhatian

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 NOV: Masalah perparitan tidak sistematik di Lorong Tok Bakar Dan Lorong Santan Off Jln Tanah Raja, Kampung Sungai Buaya akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pejabat Daerah Kuala Langat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib, Hasnul Baharuddin berkata, hasil pertemuan dan pemeriksaan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Langat mendapati masalah perparitan tidak selaras menyebabkan air parit melimpah yang mengakibatkan banjir sehingga paras lutut bermula jam 8 malam pada 6 November lalu.

Katanya, kejadian itu berlaku susulan hujan lebat dan penutupan kunci air akibat air pasang besar.

"Kita dapati ada sistem perparitan yang berbeza di kawasan ini kerana ia kawasan persendirian. Reka bentuk yang tidak seragam menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan akhirnya melimpah ke jalan serta kawasan rumah penduduk terdekat," katanya.

Dalam kejadian itu, tiga keluarga terpaksa dipindahkan ke rumah saudara mara terdekat bagi memastikan keselamatan mereka terjamin ekoran penemuan beberapa haiwan berbisa.

Kesemua mereka dibenarkan pulang semula ke rumah sehari kemudian selepas paras air surut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619