PENDIDIKAN

Pra sekolah KEMAS Selangor lahir kanak-kanak berpotensi

3 Sep 2018, 2:14 AM
Pra sekolah KEMAS Selangor lahir kanak-kanak berpotensi
Pra sekolah KEMAS Selangor lahir kanak-kanak berpotensi
Pra sekolah KEMAS Selangor lahir kanak-kanak berpotensi

OLEH HAFIZAN TAIB

BANTING, 3 SEPT: Pendidikan pra sekolah dijayakan KEMAS Selangor berjaya membina keyakinan diri dan mengasah bakat kanak-kanak dalam persediaan mereka memasuki alam persekolahan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib, Hasnul Baharuddin berkata, penganjuran Hari Potensi KEMAS peringkat Selangor diadakan itu mendedahkan kanak-kanak yang mendapat pendidikan di KEMAS, berjaya mengembangkan bakat dan kebolehan masing-masing.

"Diharapkan program ini dapat membuka mata masyarakat terutama ibu bapa akan betapa pentingnya peranan KEMAS dalam memberikan pendidikan kepada kanak-kanak bermula dari peringkat awal.

"Ini kerana pendidikan pra sekolah ini amat penting untuk kanak-kanak sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan," katanya dalam majlis perasmian penutup Hari Potensi KEMAS peringkat Selangor di Kolej Matrikulasi Selangor di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Dato' Amiruddin Ariffin dan Pengarah KEMAS Selangor, Khairuddin Md Nasir.

Mengulas lanjut, Hasnul berkata, kejayaan dalam melaksanakan majlis itu membuktikan hasil kerjasama erat semua kakitangan KEMAS Selangor dan pihak berkaitan dari pelbagai peringkat.

"Tahniah kepada KEMAS Selangor kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya hasil kerjasama semua kakitangan dan pihak berkaitan.

"Semangat seperti ini amat diperlukan untuk menjayakan sesebuah jabatan atau agensi yang menjadi tunjang kepada kerajaan dan sentiasa menjadi perhatian rakyat," katanya.

Hari Potensi KEMAS peringkat Selangor disertai semua daerah di negeri itu diadakan pada 1 hingga 2 September lalu bagi memilih wakil Selangor ke peringkat kebangsaan di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dari 22 hingga 25 November depan.

Pertandingan peringkat Selangor bagi acara bakat dan sukan membabitkan sembilan acara iaitu bercerita, story telling, tilawah dan terjemahan, rekacipta, pidato, tarian, nasyid, boneka tangan serta kompang berformasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619