SELANGOR

Benteng konkrit elak hakisan Bukit Jugra

16 Jan 2018, 3:18 AM
Benteng konkrit elak hakisan Bukit Jugra
Benteng konkrit elak hakisan Bukit Jugra

 

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 JAN: Jawatankuasa Pilihan Khas Sumber Air Selangor mengenalpasti beberapa langkah pencegahan bagi mengelakkan hakisan tanah berlaku di Bukit Jugra termasuk membina benteng selain kolam-kolam menakung air berlebihan dari atas bukit.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib, Hasnul Baharudin berkata, antara penyelesaian utama yang perlu dilakukan adalah meletakkan batu penahan sepanjang lereng bukit bagi mengelakan air turun ke bawah mengikut saluran yang dibuat.

"Kita terpaksa membuat langkah-langkah pencegahan yang lebih efisyen, maklumlah setelah bukit diratakan, sudah tentulah aliran air begitu tinggi dan kemungkinan berlaku tanah runtuh agak tinggi.

"Kajian juga sudah sebulan di mana pihak berkenaan menghentikan kerja membuat perkara -perkara tersebut termasuk membina benteng dan batu batu penahan di sepanjang lereng bukit," katanya memetik laporan Sinar Harian.

Hasnul ketika lawatan yang dilakukan pada 14 Januari lalu berkata jawatankuasa ini turut memantau sumber air Selangor selain ahli-ahlinya kerap dipanggil jika ada projek seperti penggantian paip, lawatan ke projek Semenyih 2 dan lain-ian.

Katanya beliau turut mengambil perhatian aduan yang dikemukakan termasuk isu banjir di Permatang Pasir, pengambilan tanah di Simpang Morib dan membawa perkara itu kepada jawatankuasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619