BERITA UTAMA

Radio jadi ruang lega emosi, Curahan Hati inisiatif terbaharu Mental Sihat

9 Mei 2025, 10:00 AM
Radio jadi ruang lega emosi, Curahan Hati inisiatif terbaharu Mental Sihat
Radio jadi ruang lega emosi, Curahan Hati inisiatif terbaharu Mental Sihat

SHAH ALAM, 9 MEI: Segmen bicara bersama kaunselor bertauliah bagi menangani isu kesihatan dan kesejahteraan mental rakyat antara yang diperluas dalam program Selangor Mental Sihat (SEHAT).

EXCO kesihatan awam berkata segmen Curahan Hati pada setiap Rabu di radio SelangorFM dari jam 9.30 hingga 10.30 malam, membolehkan pendengar berkongsi luahan masing-masing kepada kaunselor.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, program itu menjadi landasan buat mereka yang berdepan tekanan perasaan, untuk meminta pandangan kaunselor bagi menangani sesuatu situasi atau permasalahan.

[caption id="attachment_670420" align="alignleft" width="455"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berucap dalam Majlis Perasmian Hari Psikologi dan Hari Terbuka Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Selangor (Akrab) Perkhidmatan SUK Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 28 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sebelum ini, kita menawarkan sesi kaunseling percuma kepada rakyat Selangor di sembilan daerah menerusi program Kaunselor Hab SEHAT. Program Curahan Hati pula merupakan insiatif tambahan dalam usaha menangani isu kesihatan mental.

“Penting untuk mereka yang mengalami tekanan merujuk kaunselor, cuma ramai yang bimbang kerana perkhidmatan kaunselor adalah berbayar, tetapi di Selangor kita tawarkan secara percuma,” katanya.

Jelas Jamaliah, program Curahan Hati akan mengupas tema berlainan setiap minggu seperti tekanan, kecemasan, depresi, keseimbangan kerja dan kehidupan, isu kekeluargaan dan hubungan cinta.

Sementara itu, Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali menyifatkan inisiatif berkenaan langkah proaktif Kerajaan Negeri menangani isu kesihatan mental.

“Usaha ini bagus dan saya sendiri menyokong, cuma kalau boleh ditambah baik dengan melibatkan profesion yang betul untuk bersama-sama membantu menggembleng dan melakarkan polisi terbaik menbantu masyarakat yang betul-betul memerlukan.

“Ini kerana jika tersalah libat urus profesion yang sepatutnya berada di hadapan, maka ia akan menjejaskan masyarakat yang menerima perkhidmatan sepatutnya,” katanya.

Program SEHAT merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menangani isu kesihatan mental dalam kalangan rakyat secara menyeluruh dan mudah diakses.

Program itu dilancarkan bagi mewujudkan sokongan psikososial yang mampan dan inklusif, sejajar  peningkatan kes tekanan, kemurungan, dan kebimbangan terutamanya pascapandemik Covid-19.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619