BERITA UTAMA

Cegah awal penyakit, saringan percuma tarik ribuan warga Selangor

17 Jun 2025, 8:00 AM
Cegah awal penyakit, saringan percuma tarik ribuan warga Selangor
Cegah awal penyakit, saringan percuma tarik ribuan warga Selangor

SHAH ALAM, 17 JUN: Seramai 2,190 individu menjalani pemeriksaan kesihatan percuma menerusi program Selangor Saring anjuran Kerajaan Negeri sejak Februari lalu hingga semalam.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata program berkenaan selesai diadakan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan diteruskan secara berperingkat ke kawasan lain sepanjang tahun ini.

“Program ini ditawarkan kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas dan majoriti peserta yang hadir untuk menjalani saringan dalam usia 31 hingga 45 tahun,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_703474" align="aligncenter" width="806"] Orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan percuma dalam Program Selangor Saring DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menurutnya, individu yang merekodkan keputusan saringan tidak normal atau mempunyai tanda awal penyakit tertentu akan dirujuk ke pusat kesihatan bersesuaian untuk tindakan susulan.

Jamaliah menjelaskan individu terbabit perlu menghubungi hospital panel Selcare atau klinik panel Selcare berdekatan terlebih dahulu bagi menyemak slot janji temu.

“Sekiranya terdapat kekosongan, peserta boleh membuat tempahan temu janji secara dalam talian melalui aplikasi atau portal Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah),” katanya.

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022 untuk membantu orang ramai mengesan penyakit lebih awal.

Saringan yang boleh dibuat termasuk pemeriksaan fizikal, darah, air kencing, barah, mata dan gigi.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619