AGENDA

Negara dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS

19 Feb 2025, 5:26 AM
Negara dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip AI, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Beliau berkata bagaimanapun sekatan berkenaan tidak menjejaskan pembangunan ekosistem pusat data domestik secara keseluruhan.

Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.

"Bagaimanapun, sekatan ini tidak akan menjejaskan operasi pusat data yang lain seperti pusat data yang memberi perkhidmatan transaksi, e-dagang dan penyimpanan data kerana mereka tidak menggunakan cip AI atau teknologi AI termaju," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai impak terhadap Malaysia untuk menjadi pusat data serantau selepas arahan terbaru AS yang meletakkan Malaysia dalam kategori negara Tahap 2 berhubung akses terhadap eksport cip AI negara itu.

Sementara itu, Liew berkata kerajaan berhasrat untuk membuka akses pasaran produk semikonduktor kepada negara-negara lain termasuk ASEAN, Timur Tengah dan Amerika Selatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619