AGENDA

Komited perkukuh kawalan sempadan negara di Sabah, Sarawak

4 Jan 2020, 11:45 PM
Komited perkukuh kawalan sempadan negara di Sabah, Sarawak

SIBU, 5 JAN: Kementerian Pertahanan komited memperkukuhkan pertahanan sempadan negara di Sabah dan Sarawak seperti mana yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan.

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, langkah-langkah bagi mengukuhkan pertahanan di kawasan terlibat akan dilaksanakan secara berterusan.

“Kita ada pelbagai aktiviti bagi memperkasakan pertahanan di Sabah dan Sarawak termasuklah memperkasakan idea yang memerlukan tentera darat, udara dan laut bergabung bagi menghadapi apa sahaja cabaran yang akan dihadapi," katanya kepada pemberita semasa lawatan kerja ke Markas 31 Briged, Kem Junaco Park, di sini, semalam.

Selain lawatan ke Kem Junaco Park, beliau turut mengadakan lawatan serupa ke kem tentera lain iaitu Kem Rascom dan Kem Batu 14.

Beliau berkata, terdapat lima Rejimen Sempadan (RS) telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak pada tahun 2015 bagi membantu memperkasakan pertahanan sempadan negara di kedua-dua negeri berkenaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619