AGENDA

Anwar hadiri program Ramadan bersama warga tentera, edar bubur lambuk

14 Mac 2025, 8:14 AM
Anwar hadiri program Ramadan bersama warga tentera, edar bubur lambuk
Anwar hadiri program Ramadan bersama warga tentera, edar bubur lambuk

SUBANG, 14 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni warga Kementerian Pertahanan sempena Program Ihya’ Ramadan 2025 di Pangkalan Udara Subang, di sini.

Pada program itu, Anwar menunaikan Solat Jumaat bersama lebih 700 jemaah dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan di Masjid Al-Muhajirin dan mendengar khutbah bertajuk “al-Quran Kitab Penuh Mukjizat” yang disampaikan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Mejar Jeneral Datuk Mohd Rashidi Bujai.

Perdana Menteri kemudian mengedarkan bubur lambuk kepada warga Kementerian Pertahanan di masjid berkenaan.

Program Ihya’ Ramadan 2025 dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) serta Jabatan Perdana Menteri sebagai wadah mendekati warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba pada 11.55 pagi menghadiri taklimat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan di Bilik Mesyuarat Mes Wira Angkasa yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali.

Turut menyertai taklimat tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.

Taklimat itu antara lain membincangkan perkara berhubung pemantapan tata kelola, inisiatif reformasi dan pencapaian kementerian.

Usai taklimat itu, Anwar turut meluangkan masa bertemu dengan enam juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam formasi lintas terbang udara semasa Sambutan Hari Kebangsaan ke-67.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_691503" align="aligncenter" width="701"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri taklimat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertananan di Bilik Mesyuarat Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Subang pada 14 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619