AGENDA

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan, mohon sambung reman

17 Jan 2025, 11:25 AM
Tipu umrah: Polis terima 31 laporan, mohon sambung reman

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 19 laporan dibuat oleh mangsa mewakili keluarga, manakala 11 laporan lagi dibuat oleh ejen yang mewakili kumpulan kecil.

“Terdapat satu laporan yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis akan memohon sambungan reman terhadap lapan individu termasuk pasangan suami isteri pemilik syarikat pelancongan itu, yang akan tamat esok bagi membantu siasatan.

Pada Rabu lepas, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Selangor menjalankan pemeriksaan di pejabat syarikat pelancongan berkenaan di Sepang, Selangor.

Pada petang hari yang sama, pengarah urusan syarikat terbabit melakukan sidang media di ibu negara sebelum keadaan bertukar kecoh apabila lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan susulan kegagalan syarikat itu menerbangkan lebih 300 jemaah umrah ke Tanah Suci.

Siasatan awal mendapati syarikat terbabit mula menjalankan perniagaan sejak 2022 dan beroperasi dari premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober tahun lepas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619