AGENDA

Lapan termasuk suami isteri direman tiga hari bantu kes tipu umrah

16 Jan 2025, 2:00 PM
Lapan termasuk suami isteri direman tiga hari bantu kes tipu umrah
Lapan termasuk suami isteri direman tiga hari bantu kes tipu umrah

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Lapan individu termasuk suami isteri pemilik syarikat pelancongan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Lapan laporan polis diterima membabitkan 379 mangsa manakala premis syarikat terbabit ditutup sementara untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

[caption id="attachment_647376" align="alignleft" width="407"] Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Foto BERNAMA[/caption]

Semalam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Selangor menjalankan pemeriksaan di pejabat syarikat pelancongan berkenaan di Sepang, Selangor.

Pada petang hari sama, pengarah urusan syarikat terbabit melakukan sidang media di ibu negara sebelum keadaan bertukar kecoh apabila lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan susulan kegagalan syarikat itu menerbangkan lebih 300 jemaah umrah ke Tanah Suci.

Siasatan awal mendapati syarikat terbabit mula menjalankan perniagaan sejak 2022 dan beroperasi dari premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober tahun lalu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619