AGENDA

FAM manfaat dana RM30 juta laksana program pembangunan, lantik pakar sokongan pemain

13 Jan 2025, 4:56 AM
FAM manfaat dana RM30 juta laksana program pembangunan, lantik pakar sokongan pemain

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, bagi meningkatkan program pembangunan pasukan kebangsaan di setiap peringkat.

Presidennya Tan Sri Hamidin Mohd Amin berkata usaha itu termasuk mempersiapkan pasukan utama skuad Harimau Malaya, agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.

“Dana ini juga akan digunakan oleh FAM untuk aspek pengurusan organisasi bagi memacu perubahan, memastikan pemain skuad kebangsaan mendapat sokongan terbaik daripada tenaga pakar yang dilantik.

“Peruntukan tambahan ini pastinya akan meningkatkan motivasi pemain skuad kebangsaan untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. FAM berbesar hati dengan pengumuman Perdana Menteri dan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada beliau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hamidin turut menjunjung kasih kepada kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa prihatin serta memberikan sokongan dan bantuan kepada FAM dalam usaha meningkatkan prestasi skuad Harimau Malaya.

Semalam, Anwar mengumumkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan pada Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak, digandakan kepada RM30 juta dengan RM15 juta bakal dibiayai pihak swasta.

Perdana Menteri berkata dana itu juga akan dimanfaatkan FAM dalam aspek pengurusan organisasi yang memerlukan perubahan menyeluruh dari setiap sudut bagi memastikan pemain kebangsaan mendapat sokongan berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619