AGENDA

Hamidin umum tidak pertahan jawatan Presiden FAM

4 Dis 2024, 8:57 AM
Hamidin umum tidak pertahan jawatan Presiden FAM

PETALING JAYA, 4 DIS: Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan.

Perkara itu diumumkan beliau pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali ke-13 bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Hamidin dilantik sebagai Presiden FAM pada Julai 2018.

Pelantikan Hamidin menggantikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerajui kerusi nombor satu FAM itu yang diisytiharkan pada Kongres FAM ke-54.

Beliau kemudian berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal 2021-2025 selepas menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-57.

Hamidin merupakan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 dan seorang daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan AFC.

Kongres Pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029 dijadual berlangsung pada 15 Februari 2025.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619