AGENDA

Peruntukan RM1 bilion tingkat ekonomi desa, rumah panjang

18 Okt 2024, 9:30 AM
Peruntukan RM1 bilion tingkat ekonomi desa, rumah panjang

SHAH ALAM, 18 OKT: Sejumlah RM1 bilion diperuntuk bagi meningkatkan ekonomi desa, kampung, pedalaman dan rumah panjang, kata perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan untuk program Ikhtiar Sejati MADANI tersebut meliputi:

  • RM600 juta untuk merancak ekonomi pedesaan di kampung, bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli; manakala jawatankuasa kampung yang akan memutuskan aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan tambahan kepada komuniti masing-masing.
  • RM200 juta bagi memperluas Kampung Angkat MADANI di 200 kampung seluruh negara yang diterajui pengurusan kementerian dan jabatan.
  • RM100 juta untuk universiti awam melaksana Kampung Angkat MADANI serta institusi TVET memberi khidmat TVET seperti baik pulih rumah dan pendawaian elektrik kepada komuniti.
  • RM100 juta untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara melalui pelbagai program sosioekonomi.

"...saya amat menerima baik tawaran syarikat sawit utama seperti KLK, IOI, SD Guthrie, TH Plantations dan United Plantations yang sudi untuk mengambil pekebun kecil sawit angkat yang berjiran dengan ladang mereka.

"Syarikat ini sedia menyediakan bantuan meliputi bekalan benih terkini dan baja terbaik serta pematuhan piawaian mampan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619