AGENDA

76 penghuni rumah panjang terjejas, kediaman terbakar menjelang Gawai

30 Mei 2023, 11:11 AM
76 penghuni rumah panjang terjejas, kediaman terbakar menjelang Gawai

SIBU, 30 MEI: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei, kira-kira 60 kilometer dari sini, berdepan dugaan menjelang sambutan Hari Gawai Dayak pada Khamis depan apabila rumah panjang didiami mereka musnah dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata akibat kejadian tersebut juga kesemua persiapan akhir penghuni rumah panjang 15 pintu itu untuk menyambut Gawai turut terkesan.

Katanya kesemua penghuni rumah panjang dua tingkat itu berjaya menyelamatkan diri.

“Mengikut maklumat awal kebakaran bermula dari kawasan tengah rumah panjang tersebut. Punca dan jumlah kerugian sebenar kebakaran itu sedang dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kebakaran itu pada jam 10.36 pagi, pasukan dari BBP Bintangor dengan kekuatan lapan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya akibat kebakaran itu, ruang hadapan (ruai dan bilik tidur tingkat atas) terbakar 100 peratus manakala bahagian belakang (ruang tengah dan dapur) berjaya diselamatkan.

“Anggaran kebakaran adalah 80 peratus secara keseluruhannya,” katanya. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619