AGENDA

Dua remaja lemas mandi sungai berhampiran rumah panjang

11 Feb 2024, 3:20 PM
Dua remaja lemas mandi sungai berhampiran rumah panjang

BETONG, 11 FEB: Dua remaja dilaporkan lemas ketika bermandi-manda di sungai berhampiran Rumah Panjang Batu Lintang Jalan Ulu Layar, di sini hari ini.

Menurut kenyataan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, dua mangsa yang lemas dikenali sebagai Norman Syakimie Suria Ariffin dan Afiq Aiman Mohd Adress, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.

“Sampai di lokasi kejadian, mangsa (Norman Syakimie) ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan.

“Mangsa seterusnya (Afiq Aiman) ditemukan pada 6.44 petang dan disahkan meninggal dunia apabila Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, melakukan selaman ke dasar sungai pada kedalaman lima meter dalam operasi pencarian selama 15 minit,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan berdasarkan maklumat orang awam yang berada di lokasi, mangsa bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti riadah dan mandi di sungai berhampiran rumah panjang berkenaan.

Panggilan diterima pada jam 3.53 petang tadi dan anggota BBP Betong digegaskan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi berakhir jam 7.04 malam. Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619