BERITA UTAMA

Isu air: Najib berniat jahat - MB

10 Mac 2018, 3:14 AM
Isu air: Najib berniat jahat - MB
Isu air: Najib berniat jahat - MB

OLEH NORHAYATI UMOR

AMPANG, 10 MAC: Fitnah dan tohmahan dilontarkan oleh orang nombor satu di negara ini dalam isu gangguan air bersifat politik dan berniat jahat menjelang Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu kerana Kerajaan Negeri melalui Air Selangor sendiri mengambil inisiatif membantu Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) menyegerakan kerja pembaikian walaupun ia diluar bidang kuasa negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri sebelum ini bersedia menanggung kos pembaikian terbabit sekali gus menghantar kontraktor yang bertauliah untuk membantu SPLASH.

"SPLASH bukan harta kita. Bagaimana untuk kita masuk ke dalam rumah Najib? Semua kerja mesti dilakukan pihak SPLASH. Tak kan perkara asas pun tak faham.

"Namun, saya mengarahkan Air Selangor berunding dengan SPLASH untuk membantu mereka dan bersedia menanggung kos pembaikan.

"Saya juga mengarahkan lebih ramai petugas bertauliah untuk mempercepatkan tempoh pembaikian dalam masa sehari sahaja, walaupun pada mulanya hanya dua kontraktor sahaja. Itu sebab kita tidak mahu membebankan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian di Program Gotong Royong Perdana KDEBWM bersama penduduk AU2, di sini.

Mohamed Azmin menegaskan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu juga membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin mengambil tanggungjawab dan memohon maaf kepada pengguna yang terkesan daripada gangguan bekalan air terbabit.

"Secara peribadi saya rasa terkesan dalam isu ini. Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak. Saya memohon maaf kepada semua pengguna.Bukan saya tidak berbuat apa-apa.

"Beri saya peluang untuk mempertahankan diri sebab media mereka cukup melampau dan memberi gambaran negatif kepada Kerajaan Negeri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619