AGENDA

Selesai ujian getir politik kejam, Azmin mahu fokus 2020

11 Jan 2020, 2:57 PM
Selesai ujian getir politik kejam, Azmin mahu fokus 2020
Selesai ujian getir politik kejam, Azmin mahu fokus 2020
Selesai ujian getir politik kejam, Azmin mahu fokus 2020

BATU CAVES, 11 JAN: Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mahu kekal fokus melaksanakan tugas menteri Kabinet tahun ini selepas beliau melalui ujian getir dalam hidupnya.

Menyifatkan beliau menjadi mangsa percaturan politik kejam, menteri hal ehwal ekonomi bagaimanapun bersyukur dirinya bebas daripada kes fitnah susulan penyebaran video.

"Saya melalui tempoh yang panjang menghadapi ujian ini tetapi Alhamdulillah saya yakin dari awal ini adalah percaturan politik yang amat kejam dan tidak baik bagi negara," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis doa selamat dan kesyukuran di Masjid Jamek Al-Amaniah di sini hari ini.

[caption id="attachment_377625" align="alignright" width="500"] Dato' Seri Mohamed Azmin Ali bercakap kepada media selepas Majlis Kesyukuran Tausiah dan Doa Selamat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves pada 11 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Katanya tahun ini penting kerana Malaysia dipilih tuan rumah sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan pimpinan negara bertungkus lumus menjadi yang terbaik.

Majlis yang disertai ratusan jemaah itu dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Muhammad Farhan Wijaya.

Hadir sama isteri kepada Mohamed Azmin, Datin Seri Shamshida Taharin, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia Muhammad Hilman Idham dan ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri.

Pada 9 Januari lalu, peguam negara berkata tiada pendakwaan dibuat terhadap mana-mana pihak dalam siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Tan Sri Tommy Thomas berkata timbalan pendakwa raya memutuskan demikian secara sebulat suara berikutan laporan analisis yang diterima polis mengesahkan pengenalan identiti tidak boleh dibuat secara pasti.

[caption id="attachment_377619" align="aligncenter" width="500"] Dato' Seri Mohamed Azmin Ali (dua, kanan) bersama Dato' Seri Amirudin Shari (tiga, kanan) membaca yassin pada Majlis Kesyukuran Tausiah dan Doa Selamat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves pada 11 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619