BERITA UTAMA

MBSA sekali lagi diiktiraf PBT paling aktif laksana inisiatif rendah karbon

8 Feb 2024, 12:30 AM
MBSA sekali lagi diiktiraf PBT paling aktif laksana inisiatif rendah karbon

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekali lagi diiktiraf pihak berkuasa tempatan (PBT) paling aktif melaksanakan inisiatif rendah karbon.

Pengiktirafan khas sempena Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023 disampaikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad di M Resort & Hotel, malam tadi.

Ketua Jabatan Perancangan Bandar MBSA berkata anugerah dua tahun berturut-turut itu hasil komitmen pemilik bangunan di pusat bandar dalam penjimatan elektrik dan pengurusan air berhemah.

“Bangunan MBSA dijadikan contoh untuk mencapai taraf bandar rendah karbon dengan memasang alat meter pintar hingga berjaya menjimatkan elektrik RM2.3 juta tahun lalu.

“MBSA turut melaksanakan sistem pengumpulan air hujan untuk aktiviti seperti menyiram pokok bagi menjimatkan penggunaan air,” kata Aniza Osman ketika ditemui.

Dalam majlis itu, MBSA turut menerima 23 Anugerah Perkhidmatan Diamond bagi cabaran rendah karbon dan satu Sijil Provisional atas pembangunan pelan tindakan rendah karbon dalam kawasan zon.

Turut menerima anugerah Majlis Bandaraya Diraja Klang (16 Anugerah Diamond, satu Sijil Provisional), manakala Majlis Perbandaran Hulu Selangor (tiga Anugerah Diamond, tiga Sijil Provisional).

Majlis Perbandaran Ampang Jaya pula meraih tiga Anugerah Diamond dan satu Sijil Provisional, sementara Majlis Perbandaran Kuala Langat membawa pulang dua Anugerah Diamond.

Tiga PBT lain iaitu Majlis Perbandaran Sepang Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya masing-masing menerima satu Anugerah Diamond.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619