PBT

Elak persekitaran tidak selamat, MPHS tunda 65 kenderaan terbiar

14 Jan 2024, 5:04 AM
Elak persekitaran tidak selamat, MPHS tunda 65 kenderaan terbiar

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 14 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita serta menunda kenderaan tersadai di kawasan perumahan, perniagaan dan perindustrian daerah ini.

Yang dipertuanya berkata ia bagi mengelak persekitaran tidak selamat apabila kenderaan terbabit menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa dan penyakit berjangkit selain menyebabkan kacau ganggu penglihatan.

“Sebanyak 65 kenderaan tersadai dengan 85 peratus terletak di kawasan perumahan, perniagaan dan perindustrian daerah ini telah ditunda pada tahun lalu.

“Berdasarkan rekod, daripada 65 notis peringatan yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan, hampir 85 peratus gagal disampaikan,” kata Mohd Hasry Nor Mohd.

Beliau menjelaskan sebelum penundaan dilaksana, MPHS terlebih dahulu menghantar notis peringatan sebaik menerima maklumat terperinci daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Semakan lanjut di institusi kewangan berdaftar dan polis turut dilakukan MPHS untuk memastikan sama ada kenderaan terbabit terlibat dengan mempunyai rekod pinjaman dan kes jenayah.

"Sekiranya tiada tuntutan daripada mana-mana pihak selepas tempoh notis yang diberikan tamat, MPHS akan menyiarkan iklan yang mengandungi senarai kenderaan berkenaan di media massa dan sesawang rasmi jabatan," katanya.

Tambah Mohd Hasry, pemilik kenderaan diberi tempoh 14 hari daripada tarikh iklan disiarkan untuk menuntut semula kenderaan berkenaan dengan membawa salinan kad pengenalan, geran hak milik kenderaan serta menjelaskan semua kos yang ditetapkan MPHS semasa membuat tuntutan.

"Jika tiada maklum balas, kenderaan tersebut akan dilupuskan mengikut peruntukan Seksyen 116 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Bagi kenderaan atau kereta buruk yang terbiar, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 46(1)(e), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan awam."

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619