AGENDA

Menteri: Pelan tindakan tangani isu industri kreatif mula suku ketiga tahun ini

27 Jun 2023, 1:00 AM
Menteri: Pelan tindakan tangani isu industri kreatif mula suku ketiga tahun ini

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Pelan tindakan fasa pertama bagi menyelesaikan isu yang membelenggu pemain industri kreatif tempatan, akan bermula seawal suku ketiga tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata semua permasalahan itu diselesaikan mengikut fasa, menerusi pelan tindakan yang telah dibentangkan dalam satu perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama agensi di bawahnya.

Fahmi berkata perbincangan tersebut adalah untuk menganalisis dapatan daripada empat sesi dialog awam bersama pemain industri muzik, persembahan, industri kreatif dan filem, yang telah diadakan sebelum ini.

“Enam bulan pertama, saya ingin pastikan suara pemain industri kreatif didengari. Semestinya, mereka lah yang paling tahu masalah yang berlaku dalam industri ini. Saya telah mendengar suara anak seni melalui empat sesi dialog awam.

“Adakah ‘mendengar’ sahaja sudah cukup? Tidak. Itu hanya langkah pertama untuk saya faham masalah yang dihadapi,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Justeru, Fahmi berkata pelan tindakan yang dibentangkan dalam perbincangan itu merupakan selangkah ke arah reformasi industri kreatif tanah air.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619